~Org Arif yg Mengenal & CINTA pd ALLAH~


















Siapa yang benar-benar mengenal kepada ALLAH,maka pasti dapat melihatNYA pada tiap-tiap sesuatu.

Dan siapa yang fana dengan ALLAH,pasti ia lupa (ghaib) dari segala sesuatu.

Dan siapa yang CINTA pada ALLAH,tidak akan mengutamakn sesuatu yang lain


Demikaianlah siapa yg benar- benar mengenal kpd ALLAH,pasti ia selalu ingat pada ALLAH,pd tiap sesuatu apapun yg ia lihat,ia dengar dan rasa.Sebab tidak ada sesuatu melainkan keindahan,kekuasaanya dan ciptaan ALLAH.kerana itulah siapa yg telah fana dgn ALLAH,sudah sungguh-sungguh ingatanya hanya kpd ALLAH,maka segala sesuatu yg ada di depannya seolah-olah sepi,kosong dan bayangan belaka.sedang siapa yg betul-betul cinta kpd ALLAH, maka pasti ia akan mengutamakan apapun selain ALLAH bahkan ia akan sanggup mengorbankan segala kepentingan dan hawa nafsunya di dalam mencapai keredhaan ALLAH s.w.t.

setelah engkau melihatnya fana dgn ALLAH dan lupa (ghaib) dari segala sesuatu selain ALLAH, kemudian cinta yg tidak ada taranya kpd ALLAH.

Sesungguhnya yg menghijab engkau daripada melihat ALLAH itu krn sangat dekatnya ALLAH kepadamu.

Sesungguhnya yang terhijabnya ALLAH dari penglihatanmu kerana sangat terangnya dan samar dari penglihatan ITU kerana besarnya sinar cahaya dan nurnya

tetapi ia menjadi samar krn sangat terangnya sehingga tidak tercapai oleh pancarindera,tetapi dapat dicapai oleh orang yg tajam matahatinya.

maka apabila engkau melihat dgn matahatimu,tidak akan menemukan sesuatu yg terlukis pada benda-benda itu selain daripadanya.

jika engkau mencari sesuatu hakikat dari lainNYA,maka nyata engkau masih tergelincir oleh kebodohanmu sendiri.

~KITAR HIDUPKU & KUPU-KUPU~





IBARAT kupu-kupu di dlm telurnya,nutfah di dlm rahimnya;telur berubah menjadi larva,nutfah berubah menjadi pupa,janin dilahirkan menjadi bayi;pupa membesar berubah menjadi insan bernama bundar,berkulit licin,dan berbibir cantik.Itulah aku!

SEWAKTU AKU DIGELAR KUPU-KUPU SYURGA

Dalam apa keadaan sekalipun pada tahap ini aku dibawah tanggungngan ibu bapa? Kerana itu aku berkewajipan memelihara hati keduanya,berbakti kpd mereka dan mencintai keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi dan mencintai aku sewaktu aku bergelar bayi?
Sedarlah wahai diri,sebagai kupu-kupu Syurga aku mempunyai tanggungjawab yg amat besar tehadap orang tuaku.malah perilaku ku itu boleh diibaratkan seperti menjaga mutiara di hujung jari; mutiara jgn jatuh terhempas walaupun jari mungkin terguris luka.
Dalam usia begini aku sebernanya madu kpd ibu bapa dan keluarga,tetapi dlm usia begini juga aku boleh menjadi racun paling berbisa kpd mereka.Kasihan mereka,kalaulah selama ini aku tidak berkelakuan sebagaimana yg dikehendaki oleh agama.Tuturkataku mungkin kasar,aku mungkin selalu membentak,menengking,dan berkelakuan tidak senonoh.Apakah aku sangka dosa itu aku tanggung sendiri?..

Berpandukan sabda baginda bahawa kanak-kanak itu ibarat kupu-kupu Syurga,aku memang perlu berubah daripada yang tidak baik kepada yang dicintai,bukan sahaja di kalangan ibu bapa,rakan-rakan ku,masyarakat, bahkan juga musuh. . .

SEWAKTU AKU DIGELAR GADIS

Aku ibarat kupu-kupu yg akan mengiraikan sayapnya.Sayapku pd waktu begini sudah memberikan daya penarik kpd sesiapa saja yg melihatnya.Pada tahap ini mungkin aku sudah tidak tinggal lagi serumah dgn ibu bapaku.Apakah dgn itu tanggungjawabku sudah terlepas dan segala perilaku ku juga terlepas?
Dalam usia sebegini aku sebenarnya mudah tertipu kpd keaadaan sekeliling.Ibarat kupu-kupu yg mudah tergoda untuk mendekati bunga-bunga ceria padahal ia bukan menyimpan manisan sebaliknya cairan yg memualkan.Atau tumbuhan yg mampu menangkap dan memakan serangga atau di mana serangga perosak bersembunyi di baliknya. Semuanya ini menyebabkan kemusnahan kpd kupu-kupu atau memberikan penyesalan abadi kepada aku krn kehilangan mahkota gadis.
Aku harus tahu, dlm usia begini aku memiliki daya penarik dari setiap sudut tubuhku;tidak ubah seperti kupu-kupu yg boleh melirikkan setiap mata yg terpesona kerananya.Tuturkataku,wajahku,gayaku,senyumanku,gelak tawaku,hinggalah kpd kerdipan mataku, semuanya boleh mempersonakan sesiapa jua,meskipun seorang adam dewasa yg aku sangkakan sudah tidak bernafsu.
Kerana itulah aku perlu membatasi pergerakan,menyingkatkan perbualan,menyukatkan gerak dan gaya jalan,serta tidak terlalu murah senyuman dgn mana-mana lelaki ajnabi. Aku sentiasa ingat,nilai kegadiskanku tidak dapat disamakan dgn apapun walau segunung emas.

SEWAKTU AKU DIGELAR PEMUDI

Kalau ditamsilkan kpd kupu-kupu, pada tahap ini sayapku sudah terbuka, terpamerlah segala kecantikannya.Pada tahap ini juga aku sudah berupaya terbang tinggi.setiap kali aku mengirai sayap setiap kali itu juga banyak mata yg cemburu,iri,geram,hairan,terpesona,dan seribu satu lagi perasaan yg biasanya hanya disembunyikan di dalam.Ada peluang dan kesempatan,aku pasti akan diempang dengan pujukan,rayuan,belaian,pujian dan janji-janji manis yg tiada noktahnya.
Dalam usia begini kebijaksanaanku sering teruji.Kesabaran dan keutuhan peribadiku turut tercabar.Aku sebenarnya harus bijak dlm segala hal;dalam menilai erti kejujuran,dlm hal memilih bidang pelajaran dan pekerjaan,dlm hal memilih sahabat dan teman,dan yang terpenting dalam menentukan pilihan hidupku.


~KUPU-KUPU Dalam Kehidupanku~





KUPU-KUPU tetap indah,cantik dan menawan.Biar ketika ia hinggap di atas mengirai kepak mengitari alam,malah ketika berada dlm balang.Namun,kasihan kupu-kupu badanya cantik dan mempersonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam,maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya,kupu-kupu bukan semuanya keluar malam,sebilangan sahaja yg gemar 'berpeleseran' pada waktu demikian,itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.

Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan yg tersembunyi di tengah
-tengah.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaun segar.Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu,siapapun ingin memiliki keindahan,kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai,apabila sudah berderai,tiada siapa akan inginkannya lagi.Kupu-kupu pun terbiar dan terbiar begitu saja...

Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan ak
u ada persamaan.Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku tamsilan kepada keindahan.Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan.



Demikian aku dijadikan TUHAN untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan untuk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa aku dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga.Bermohonlah baginda kpd ALLAH agar diberi seorang teman,agar boleh dia berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Lalu terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu. Barulah baginda terasa terisi segala kenikmatan Syurga di sekelilingnya terasa wujud.

Ternyata aku perlu dlm kehidupan kaum adam sebagaimana bunga amat perlu kpd suntingan kupu-kupu.Tanpa permaisuri,siapalah lelaki yg bergelar raja itu,tanpa isteri siapalah lelaki yg bergelar suami itu,tanpa wanita siapalah yg mahu digelar pemimpin itu dan tanpa HAWA siapalah maskulin yg mahu digelar ayah itu? Tanpa aku dan kupu-kupu sudah tentu lelaki dan bunga menanti hari rebah,layu dan mati.
Tanpa Siti Khatijah,barangkali Rasulullah s.a.w. tidak mendapat 'dorongan' yg amat diperlukannya.Bukankah baginda perlu terus menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.Tanpa Aisyah,barangkali banyak hadith R
asulullalh s.a.w. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah az-Zahrah,barangkali Syaidina Ali tidak muncul sebagai khalifah berjasa.Tanpa Asiah,barangkali Nabi Musa a.s. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yg amat kufur dan mengaku Tuhan itu.
Tanpa Mashitah,barangkali tidak terbukti bertapa wanita boleh berpegang teguh
kpd keimanan meskipun maut di depan matanya.


Dan tanpa wanita,siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.



Namun.seorang wanita yg menjadi isteri kpd Nabi Nuh a.s. telah bertukar menjadi seorang penentang kpd kebenaran,seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya,seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w. dan dlm sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kpd kemaksiatan,kekufuran,kehancuran dan kemusnahan lelaki.

Alangkah besar dan pentingnya peranan ku dlm kehidupan lelaki,sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dlm pembiakan tumbuh-tumbuhan.

Tetapi alangkah besar dan hebatnya perananku dlm merosakkan kehidupan lelaki,sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api. . .

Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca,krn membaca itu sumber hikmah;menyediakan waktu untuk tertawa,krn tertawa itu muziknya jiwa;menyediakan waktu untuk berfikir;krn berfikir itu pokok kemajuan; menyediakan waktu untuk beramal,krn beramal itu pangkal kejayaan; menyediakan waktu untuk bersenda,krn bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyedikan waktu untuk beribadat,krn beribadat itu adalah dari segala ketenangan jiwa.


~APABILA CINTA ini Hendak KU BERI ~



Sebagaimana kupu-kupu,aku juga telah dikurniakan dengan rasa cinta yang maha hebat.Kalau kupu-kupu bersatu dengan bunga,kepada siapa pula cinta ini hendak kuberi?,,Dia semestinya seorang lelaki yang....

i. PUNYA AGAMA YANG KUAT
Ukuranku,dia menjaga sembahyang fardunya,kerap berjemaah
dan sembahyang pada awal waktu.Dia menjaga auratnya dgn memakai pakaian yg sopan terutama sewaktu bersukan.Aku mengutamakan pemuda yg kuat pengalaman agamanya demi sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Syaidina Ali,seorang pemuda paling manis tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

ii. AKHLAKNYA AKHLAK TERBAIK
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia se
orang yg lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dgn sopan krn melambangkan peribadi dan hatinya yg mulia.Rasa hormatnya kepada orang tua ketara,dia suka menolong orang,pemurah,jujur,ramah mesra,ikhlas dalam perhubungan dan penyayang.
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Jika(seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati den
gan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yg amat luas."

iii. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAHN
YA
Akan kuukur apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai lelaki impianku.
Rasulullah s.a.w bersabda; " Barang siapa yg menikahkan anak perempuannya dgn lelaki fasik(derhaka) bererti dia telah memutuskan hubungan silaturrahim dgn anaknya sendiri."

iv. AMANAH ORANGNYA
Akan aku selidik dia,apakah dia pernah mengab
aikan tugas yg diberikan kpdnya atau apakah dia pernah menyalahkan kedudukannya.

v. DIA BUKAN SEORANG BOROS
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yg tahu membelanjakan wangnya dgn bijaksana.Nikmat yg ada padanya seperti kereta,makanan dan wang boleh dikongsi sama dgn orang-orang lain yg berhak.

vi. TIDAK MENGELINGAS MATANYA
Lelakiku mestilah seorang yg tidak liar matanya.Akan
aku perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yg lalu-lalang sewaktu berbicara.Jika begitu,dia seorang yg bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan sebagai suamiku.

vii.TERBATAS PERGAULANNYA
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas wala
upun sebagai lelaki dia tahu dia berkuasa untuk melakukan begitu.

viii. SIAPAKAH RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulanya adalah orang-orang yg sama berperwatakan sepertinya.

ix. BERTANGGUNGJAWAB ORANG
NYA
Rasa tanggungjawabnya dapat kuukur kpd sejauhmanakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya.Jika dia seorang yg agak berada tetapi keluarganya dibiarkan hidup susah,dia bukanlah seorang yg bertanggungjawab untuk kujadikan mahkota hidupku.

x. TENANG WAJAHNYA

Apa yg tersimpan dlm sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka.Maka, akan kuperhatikan apakah wajahnya tenang,setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yg kelam-kelibut dia bukanlah orang yg kucari-cari..

"Berbahagialah diriku kiranya ku sudah memperolehinya,semoga berbahagia di dunia dan juga di Akhirat."



Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya,sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri,lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri.

{CINTAKU dan Cintanya KUPU-KUPU..}



Kalau ku renungkan cinta manusia,biasanya bermusim dan bersyarat- sewaktu disenangi dicintai,
apabila benci sukar diramal hadiah yg akan diberikannya.
Cinta manusia juga kudapati terhad dan berkepentingan.Isteri cintakan suami krn suami tempatnya bergantung.ibu mencintai anak krn anak itulah penghiburnya di kala sunyi.Kawan menyayangi kawan krn dapat berkongsi merasai senangan hidup.Pekerja sayangkan ketua krn ketua menjadi penaunganya.

Berbanding ALLAH, yang Maha Pencinta itu,cinta-NYA terhadap hamba tanpa kepentingan apa-apa, bahkan krnacinta-NYA itulah diberikannya nikmat hingga tidak terhitung banyakknya.

Dalam bercinta,kudapati manusia kerap berpura-pura dan kepura-puraannya itu tidak terbatas setakat cinta antara sesama makhluk,malah kpd ALLAH yg menjadikannya. Zahirnya mengaku dan berikrar mencintai ALLAH tetapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintai-NYA. Dan ALLAH lebih tahu siapa di antara hamba-hamba-NYA yang benar-benar mencintai-NYA.

Tanda aku mencintai ALLAH ialah berimannya aku kpdaALLAH,nampak sifat taqwaku dan aku sedia berkorban apa saja dgn melakukan sebanyak mungkin kebajikan. Aku harap aku akan terus menjadi seorang yg cukup sabar dan kerap bertaubat,patuh melakukan fardu dan rajin mengerjakan ibadah sunat. Aku mahu terus berkasih sayang sesama manusia dan saling bersilaturrahim demi krn ALLAH, saling nasihat menasihati dan saling kunjung mengunjungi dan saling beri memberi demi keredhaan-NYA.

Aku tahu, Allah melimpahkan kecintaan-NYA dan menempatkan kecintaan-NYA itu pada kedudukan yg tinggi dan mulia di Akhirat.ALLAH isytiharkan cintaNYA di dlm AL-QURAN kpd orang-orang yg sungguh-sungguh beribadah,berbuat kebaikan dan berkhlak mulia. Di antaranya ALLAH berfirman;
"Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang sabar." Ali Imran:146

"Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebajikan" Ali Imran:134

"Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang yang mensucikan diri." Al-Baqarah:22

Beruntunglah orang yg bercinta dgn ALLAH krn mendapat perhatian,cinta dan kasih sayang-NYA. istimewanya orang yg bercinta dgn ALLAH dan mendapat balasan cinta-NYA ,krn seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Kecintaan ALLAH berakhir dgn bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat,dijaminkan kebahagiaan yg abadi. Begitulah istimewanya orang yg bercinta dgn ALLAH yg Maha Pencinta itu. Semoga akulah orang itu...



Kebahagiaan adalah adil di dlm walaupun pada diri sendiri.Kalau jasmani diberi makan,rohani juga harus demikian,iaitu dgn ilmu pengetahuan.Kalau jasmani diberi pakaian,rohani juga demikan,iaitu dengan budi.Kalau jasmani diberi latihan,rohani harus demikaian iaitu dgn kesusahan.Kalau jasmani dibersihkan,rohani juga harus demikian,iaitu dgn kesucian.Kalau jasmani diubati,rohani juga demikian,iaitu dgn taqwa kepada ALLAH.

{CINTAKU dan Cintanya KUPU-KUPU..}






kupu-kupu tidak bercinta kecuali hanya dengan yang menjadikan-NYA. Kupu-kupu akan beristighfar kepada pencipta-NYA saban waktu, tanpa sedetik lara kepada kehidupan dunianya atau terleka kepada bunga dan kupu-kupu jantan yang tidak penat-penat menghambat.




Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naugan yang lain selain naugan-KU."


Ambillah iktibar dari keutuhan cinta ini.Ia kekal abadi dan amat suci. Cinta ALLAH yg Maha Percinta itu tidak memilih siapa,rupa,gaya dan bagaimana keadaanya.Cinta-NYA boleh direbut oleh sesiapa saja,cinta yg tidak pernah luput walau sesaat malah berkekalan terus.
kupu-kupu telah mendapat nikmat cinta ALLAH. Serangga kecil itu telah menyatakn rasa kesyukurannya sebagai mana difirmankan sendiri oleh ALLAH. Ia insan kerdil yg tidak memberi kerosakan kpd alam,tetapi taubatnya melebihi insan berakal. Tidakkah aku rasa perlu bertindak melebihi kupu-kupu sedangkan nikmat yg aku kecapi dari ALLAH tidak terhitung banyaknya?.



~Hidup Bagaikan Menjawab Soalan~



Dunia ini ibarat dewan peperiksaan.Masalah adalah kertas soalan.Jawapan aku betul, aku lulus, jawapan aku salah, aku gagal. demikianlah konteks kehidupan di dunia; berupaya aku menangani kehidupan menurut kehendak ALLAH dan RASUL,syurgalah ganjarannya, gagal menepati syariat islam, Nerakalah padahnya...
Pilihan terletak di tanganku sendiri!