~APABILA CINTA ini Hendak KU BERI ~



Sebagaimana kupu-kupu,aku juga telah dikurniakan dengan rasa cinta yang maha hebat.Kalau kupu-kupu bersatu dengan bunga,kepada siapa pula cinta ini hendak kuberi?,,Dia semestinya seorang lelaki yang....

i. PUNYA AGAMA YANG KUAT
Ukuranku,dia menjaga sembahyang fardunya,kerap berjemaah
dan sembahyang pada awal waktu.Dia menjaga auratnya dgn memakai pakaian yg sopan terutama sewaktu bersukan.Aku mengutamakan pemuda yg kuat pengalaman agamanya demi sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Syaidina Ali,seorang pemuda paling manis tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

ii. AKHLAKNYA AKHLAK TERBAIK
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia se
orang yg lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dgn sopan krn melambangkan peribadi dan hatinya yg mulia.Rasa hormatnya kepada orang tua ketara,dia suka menolong orang,pemurah,jujur,ramah mesra,ikhlas dalam perhubungan dan penyayang.
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Jika(seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati den
gan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yg amat luas."

iii. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAHN
YA
Akan kuukur apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai lelaki impianku.
Rasulullah s.a.w bersabda; " Barang siapa yg menikahkan anak perempuannya dgn lelaki fasik(derhaka) bererti dia telah memutuskan hubungan silaturrahim dgn anaknya sendiri."

iv. AMANAH ORANGNYA
Akan aku selidik dia,apakah dia pernah mengab
aikan tugas yg diberikan kpdnya atau apakah dia pernah menyalahkan kedudukannya.

v. DIA BUKAN SEORANG BOROS
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yg tahu membelanjakan wangnya dgn bijaksana.Nikmat yg ada padanya seperti kereta,makanan dan wang boleh dikongsi sama dgn orang-orang lain yg berhak.

vi. TIDAK MENGELINGAS MATANYA
Lelakiku mestilah seorang yg tidak liar matanya.Akan
aku perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yg lalu-lalang sewaktu berbicara.Jika begitu,dia seorang yg bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan sebagai suamiku.

vii.TERBATAS PERGAULANNYA
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas wala
upun sebagai lelaki dia tahu dia berkuasa untuk melakukan begitu.

viii. SIAPAKAH RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulanya adalah orang-orang yg sama berperwatakan sepertinya.

ix. BERTANGGUNGJAWAB ORANG
NYA
Rasa tanggungjawabnya dapat kuukur kpd sejauhmanakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya.Jika dia seorang yg agak berada tetapi keluarganya dibiarkan hidup susah,dia bukanlah seorang yg bertanggungjawab untuk kujadikan mahkota hidupku.

x. TENANG WAJAHNYA

Apa yg tersimpan dlm sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka.Maka, akan kuperhatikan apakah wajahnya tenang,setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yg kelam-kelibut dia bukanlah orang yg kucari-cari..

"Berbahagialah diriku kiranya ku sudah memperolehinya,semoga berbahagia di dunia dan juga di Akhirat."



Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya,sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri,lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri.

0 comments:

Post a Comment