~KITAR HIDUPKU & KUPU-KUPU~





IBARAT kupu-kupu di dlm telurnya,nutfah di dlm rahimnya;telur berubah menjadi larva,nutfah berubah menjadi pupa,janin dilahirkan menjadi bayi;pupa membesar berubah menjadi insan bernama bundar,berkulit licin,dan berbibir cantik.Itulah aku!

SEWAKTU AKU DIGELAR KUPU-KUPU SYURGA

Dalam apa keadaan sekalipun pada tahap ini aku dibawah tanggungngan ibu bapa? Kerana itu aku berkewajipan memelihara hati keduanya,berbakti kpd mereka dan mencintai keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi dan mencintai aku sewaktu aku bergelar bayi?
Sedarlah wahai diri,sebagai kupu-kupu Syurga aku mempunyai tanggungjawab yg amat besar tehadap orang tuaku.malah perilaku ku itu boleh diibaratkan seperti menjaga mutiara di hujung jari; mutiara jgn jatuh terhempas walaupun jari mungkin terguris luka.
Dalam usia begini aku sebernanya madu kpd ibu bapa dan keluarga,tetapi dlm usia begini juga aku boleh menjadi racun paling berbisa kpd mereka.Kasihan mereka,kalaulah selama ini aku tidak berkelakuan sebagaimana yg dikehendaki oleh agama.Tuturkataku mungkin kasar,aku mungkin selalu membentak,menengking,dan berkelakuan tidak senonoh.Apakah aku sangka dosa itu aku tanggung sendiri?..

Berpandukan sabda baginda bahawa kanak-kanak itu ibarat kupu-kupu Syurga,aku memang perlu berubah daripada yang tidak baik kepada yang dicintai,bukan sahaja di kalangan ibu bapa,rakan-rakan ku,masyarakat, bahkan juga musuh. . .

SEWAKTU AKU DIGELAR GADIS

Aku ibarat kupu-kupu yg akan mengiraikan sayapnya.Sayapku pd waktu begini sudah memberikan daya penarik kpd sesiapa saja yg melihatnya.Pada tahap ini mungkin aku sudah tidak tinggal lagi serumah dgn ibu bapaku.Apakah dgn itu tanggungjawabku sudah terlepas dan segala perilaku ku juga terlepas?
Dalam usia sebegini aku sebenarnya mudah tertipu kpd keaadaan sekeliling.Ibarat kupu-kupu yg mudah tergoda untuk mendekati bunga-bunga ceria padahal ia bukan menyimpan manisan sebaliknya cairan yg memualkan.Atau tumbuhan yg mampu menangkap dan memakan serangga atau di mana serangga perosak bersembunyi di baliknya. Semuanya ini menyebabkan kemusnahan kpd kupu-kupu atau memberikan penyesalan abadi kepada aku krn kehilangan mahkota gadis.
Aku harus tahu, dlm usia begini aku memiliki daya penarik dari setiap sudut tubuhku;tidak ubah seperti kupu-kupu yg boleh melirikkan setiap mata yg terpesona kerananya.Tuturkataku,wajahku,gayaku,senyumanku,gelak tawaku,hinggalah kpd kerdipan mataku, semuanya boleh mempersonakan sesiapa jua,meskipun seorang adam dewasa yg aku sangkakan sudah tidak bernafsu.
Kerana itulah aku perlu membatasi pergerakan,menyingkatkan perbualan,menyukatkan gerak dan gaya jalan,serta tidak terlalu murah senyuman dgn mana-mana lelaki ajnabi. Aku sentiasa ingat,nilai kegadiskanku tidak dapat disamakan dgn apapun walau segunung emas.

SEWAKTU AKU DIGELAR PEMUDI

Kalau ditamsilkan kpd kupu-kupu, pada tahap ini sayapku sudah terbuka, terpamerlah segala kecantikannya.Pada tahap ini juga aku sudah berupaya terbang tinggi.setiap kali aku mengirai sayap setiap kali itu juga banyak mata yg cemburu,iri,geram,hairan,terpesona,dan seribu satu lagi perasaan yg biasanya hanya disembunyikan di dalam.Ada peluang dan kesempatan,aku pasti akan diempang dengan pujukan,rayuan,belaian,pujian dan janji-janji manis yg tiada noktahnya.
Dalam usia begini kebijaksanaanku sering teruji.Kesabaran dan keutuhan peribadiku turut tercabar.Aku sebenarnya harus bijak dlm segala hal;dalam menilai erti kejujuran,dlm hal memilih bidang pelajaran dan pekerjaan,dlm hal memilih sahabat dan teman,dan yang terpenting dalam menentukan pilihan hidupku.


0 comments:

Post a Comment