~KUPU-KUPU Dalam Kehidupanku~





KUPU-KUPU tetap indah,cantik dan menawan.Biar ketika ia hinggap di atas mengirai kepak mengitari alam,malah ketika berada dlm balang.Namun,kasihan kupu-kupu badanya cantik dan mempersonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam,maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya,kupu-kupu bukan semuanya keluar malam,sebilangan sahaja yg gemar 'berpeleseran' pada waktu demikian,itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.

Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan yg tersembunyi di tengah
-tengah.Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaun segar.Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu,siapapun ingin memiliki keindahan,kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai,apabila sudah berderai,tiada siapa akan inginkannya lagi.Kupu-kupu pun terbiar dan terbiar begitu saja...

Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan ak
u ada persamaan.Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku tamsilan kepada keindahan.Wahai diriku dan kupu-kupu,engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan.



Demikian aku dijadikan TUHAN untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan untuk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa aku dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga.Bermohonlah baginda kpd ALLAH agar diberi seorang teman,agar boleh dia berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Lalu terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu. Barulah baginda terasa terisi segala kenikmatan Syurga di sekelilingnya terasa wujud.

Ternyata aku perlu dlm kehidupan kaum adam sebagaimana bunga amat perlu kpd suntingan kupu-kupu.Tanpa permaisuri,siapalah lelaki yg bergelar raja itu,tanpa isteri siapalah lelaki yg bergelar suami itu,tanpa wanita siapalah yg mahu digelar pemimpin itu dan tanpa HAWA siapalah maskulin yg mahu digelar ayah itu? Tanpa aku dan kupu-kupu sudah tentu lelaki dan bunga menanti hari rebah,layu dan mati.
Tanpa Siti Khatijah,barangkali Rasulullah s.a.w. tidak mendapat 'dorongan' yg amat diperlukannya.Bukankah baginda perlu terus menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.Tanpa Aisyah,barangkali banyak hadith R
asulullalh s.a.w. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah az-Zahrah,barangkali Syaidina Ali tidak muncul sebagai khalifah berjasa.Tanpa Asiah,barangkali Nabi Musa a.s. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yg amat kufur dan mengaku Tuhan itu.
Tanpa Mashitah,barangkali tidak terbukti bertapa wanita boleh berpegang teguh
kpd keimanan meskipun maut di depan matanya.


Dan tanpa wanita,siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.



Namun.seorang wanita yg menjadi isteri kpd Nabi Nuh a.s. telah bertukar menjadi seorang penentang kpd kebenaran,seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya,seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w. dan dlm sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kpd kemaksiatan,kekufuran,kehancuran dan kemusnahan lelaki.

Alangkah besar dan pentingnya peranan ku dlm kehidupan lelaki,sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dlm pembiakan tumbuh-tumbuhan.

Tetapi alangkah besar dan hebatnya perananku dlm merosakkan kehidupan lelaki,sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan dirinya sendiri dengan menerjah api. . .

Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca,krn membaca itu sumber hikmah;menyediakan waktu untuk tertawa,krn tertawa itu muziknya jiwa;menyediakan waktu untuk berfikir;krn berfikir itu pokok kemajuan; menyediakan waktu untuk beramal,krn beramal itu pangkal kejayaan; menyediakan waktu untuk bersenda,krn bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyedikan waktu untuk beribadat,krn beribadat itu adalah dari segala ketenangan jiwa.


0 comments:

Post a Comment